Monday, December 31, 2007

Tanam Serai Peha Ayam Secara Sambilan Dapat Untung Lumayan!

Menanam Serai Peha Ayam secara sambilan juga boleh membantu meningkatkan pendapatan. Bagaimana jika ia diusahakan sepenuh masa secara komersial?

By USAHAWANTANI.COM

PROJEK tanaman serai di The Gold Land (TGL) Sepang, Selangor ditanam di kawasan seluas 2 ekar. Sebenarnya keluasan yang sepatutnya adalah 8 ekar.

Ini adalah kerana serai dituai setiap 8 bulan, jadi untuk mendapatkan pendapatan yang berterusan, penuaian dilakukan 1 bulan sekali.

Untuk menambah keyakinan, kami di TGL telah banyak pergi melawat ladang dan menemubual beberapa usahawan serai di merata-rata tempat di seluruh Malaysia seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.

Tujuan lawatan kami adalah untuk mendapat teknik penanaman, teknik baja, kesesuaian tanah yang betul. Hasil maklumat yang diperolehi kami bukukan dan seterusnya mempraktikan teori tersebut di TGL dan alhamdullilah, hasilnya buat masa ini memuaskan.

Segala penat lelah dan titik peluh selama 3-4 bulan untuk mendapat hasil yang terbaik sudah kami rasakan berbaloi. Maklumat-maklumat tersebut telah kami bukukan dalam bentuk E-Book bertajuk, "Teknik Tanaman Serai" untuk dikongsi bersama anda.

Diharap ramai lagi, turut serta dalam kempen tanaman serai. Berikut adalaha antara isi kandungan E-Book, "Teknik Tanaman Serai" yang berharga RM10 sahaja.

Bab 1 - Pengenalan; Bab 2 - Tapak Tanaman; Bab 3 - Kos Penyediaan Tapak Tanaman; Bab 4 - Teknik Tanaman Serai; Bab 5 - Teknik Penjagaan Serai; Bab 6 - Teknik Tuaian; Bab 7 - Pasaran E-Book Teknik Tanaman Serai.

Cara Mendapatkan buku e-books ini adalah melalui Maybank2u dan penghantaran melalui email.

Apa yang anda harus lakukan adalah menghantar tempahan anda kepada jutawantani@live.com terlebih dahulu dan kami akan memproses tempahan anda dan akan menghubungi anda melalui email untuk megesahkan tempahan anda.

Tujuan kami adalah memastikan anda menerima e-book kami dengan selamat tanpa sebarang masalah dan mengelak sebarang penipuan berlaku terhadap anda.

Siapa patut baca e-book ini? Fokus utama kami adalah untuk pekerja sepenuh masa di sektor awam atau swasta yang ingin membuat pendapatan secara sambilan melalu pertanian.

Kepada saudara/saudari yang mempunyai tanah dikampung yang terbiar atau tidak lagi diusahakan sepenuhnya, ini lah e-book terbaik untuk anda untuk berbudi kepada tanah.

Buku ini adalah berkonsepkan mencari pendapatan sambilan melalui pertanian. Saudara mungkin terkejut, jika saya katakan TGL diusahakan secara sambilan. Teknik yang kami amalkan ternyata mampu memberi pulangan yang lumayan.

Kami banyak menerima email berkaitan tiada tanah atau ingin menambah kawasan tanah untuk mulakan projek.

Syabas, saya ucapkan kepada mereka yang berminat dan ingin berusaha kearah usaha yang mulia ini. Kepada anda yang ingin menyewa tanah anda, diharap dapat iklankan tanah anda disini atau menghantar email kepada jutawantani@live.com agar dapat kami sampaikan maklumat tersebut seberapa segera.

Sila nyatakan keluasan tanah, cara pajakan, nama dan no telefon untuk dihubungi dan lokasi. Diharap dengan cara ini dapat mengurangkan masalah tanah. Insyallah.

Biodata projek iaitu Projek Tanamam Serai di TGL Keluasan 2 ekar. Jenis serai ialah Serai Paha Ayam. Status projek dilakukan secara sambilan dengan menggunakan benih Serai Peha Ayam.

Kepada sesiapa diluar sana berminat untuk mendapatkan benih Serai Peha Ayam, juga boleh memperolehinya daripada kami. Harga tawaran, 50 batang adalah RM5.00 tetapi boleh dirunding mengikut kuantiti.

Tenaga kerja. Kepada anda yang mungkin melakukan secara part-time, anda mungkin memerlukan tenaga pekerja untuk tanaman. Kami di TGL menyediakan tenaga kerja terlatih dan berpengalaman untuk tanaman serai.

Harga tawaran, 1 hari adalah RM45.00 seorang. Satu ekar mungkin memerlukan 4 tenaga kerja selama 4 hari untuk disiapkan. Servis yang disediakan dalam masa tanaman adalah seperti berikut:

1. Runding cara dan teknik susunan pokok untuk maksima kawasan - RM120.00
2. Upah tanaman - 4 pekerja selama 4 hari - RM720.00

Bagaimana Menternak Ikan Keli Secara Sambilan?


By USAHAWANTANI.COM

PENGENALAN Projek Ini adalah ternakan ikan keli sebanyak 50 ekor. Ternakan ikan keli ini adalah projek permulaan sebelum kolam yang bersaiz 10' x 10' dimuatkan dengan 500 anak ikan keli yang baru.

Buat setakat ni, mojoriti ikan keli dapat bertahan dengan keadaan air. Masih banyak yang perlu dipelajari untuk menternak ikan keli.

Kami di The Golden Land (TGL) Sepang, Selangor juga membuat beberapa lawatan ke kolam ternakan di sekitar Selangor. Setakat ini ternakan ikan di TGL masih diperingkat percubaan.

Pada peringkat awal, 12 ekor ikan mati, mungkin disebabkan PH air dan penyakit yang tidak terkawal. Setelah 2 bulan, nampak nya PH air berjaya dipulihkan kepada 6.5. Ikan pun dah semakin besar.

Kenapa ikan keli diternak di TGL Saya ada lah peminat ikan keli. Semua masakan yang berasaskan ikan keli memang membuka selera saya. Kalau hari-hari makan ikan keli bosan juga. ahaks.

Baru-baru ini, gempar satu Malaysia dengan berita 95% penternak ikan dimalaysia adalah bukan islam. Ikan2 ternakan di beri makanan bukan halal malah menjijikkan seperti najis khinzir, suntikan hormon dan lain2 lagi.

Bila ini tersebar, maka lahirlah idea untuk menternak sendiri di TGL. Saya bersyukur faktor geografi TGL memang sesuai untuk kolam ternakan kerana terdapat air mata air.

Kini ujikaji ternakan sudah 2 bulan, ikan pun dah nampak besar. Alhamdulliah, nampaknya ujikaji boleh dikatakan berjaya. Ujikaji seterusnya adalah untuk kolam asuhan anak-anak ikan keli di polytank dan belajar bagaimana untuk membuat palet makanan ikan keli sendiri.

E-Books "Teknik Ternakan Ikan keli" Saya sedang menyiapkan e-book untuk dikongsi bersama. Buat masa sekarang, hanya 40% e-book ini telah disiapkan.

E-book ini adalah berasaskan pengalaman saya di sepanjang penternakan ikan keli. Kepada sesapa yang berminat harap bersabar. Saya jangkakan dalam tahun depan mungkin siap sepenuhnya.

Biodata Projek Keluasan Kolam : 10' x 10' Muatan ikan : 50 ekor ikan keli kacukan Status Projek: Ternakan masih diperingkat ujikaji Makanan: Palet dan Roti ikan Rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Keli

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi cara terbaik untuk menternak ikan air tawar seperti keli, talapia merah, puyu dsbnya. Boleh la jadikan blog ni sebagai tempat untuk bertanya dan menimba ilmu.

Semoga pengalaman kita bersama , boleh membantu antara satu sama lain. Insyallah.

Nota: Ikan keli adalah mudah diternak. Pasaran ikan keli memang tak pernah mencukupi. Harga runcit 1 kg ikan keli adalah RM5-RM6. Dengan teknik pasaran yang betul anda mampu memperolehi pendapatan yang lumayan.

Sistem Kolam Ikan Menggunakan Fiberglass


By INTEGRATED FARM.COM

KOLAM ikan diperbuat dari Fiberglass menggunakan mould yang dicipta sendiri. Syarikat kami menjual sistem ini dengan harga RM15,000 dengan 4 kolam besar dengan keseluruhan sistem keluar masuk air seperti enjin dan sistem paip.

Jaminan 3 tahun. Tidak memerlukan tanah yang luas hanya cukup di belakang rumah.

Penjagaan yang mudah dan cekap. Kos penghantaran percuma untuk kawasan di semenanjung. Pada masa ini, kami dalam proses untuk menternak udang galah menggunakan sistem ini.

Berminat hubungi terus Hisham (019-2272127) Anwar (019-3835472) untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Anda Minat Tanam Serai Secara Contract Farming!

Contract Farming di sini bermaksud pengusaha tidak perlu menjual serai yang dihasilkan sebaliknya ia akan dibeli oleh KOPEDIK sepenuhnya.

By INTEGRATED FARM.COM

KOPEDIK merupakan sebuah koperasi yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Malaysia.

Pelbagai jenis perniagaan telah dilaksanakan iaitu :Hartanah Telekomunikasi Percetakan Pertanian Perhotelan Pajak Gadai Pemborong I-Cash (Kopkad) Penternakan Pasaraya Pembekalan.

Kopedik (D--4-0334) telah maju selangkah lagi untuk mengeksport serai tempatan ke pasaran antarabangsa. KOPEDIK kini membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk mengusahakan tanaman tersebut secara contract farming.

Contract Farming di sini bermaksud pengusaha tidak perlu menjual serai yang dihasilkan sebaliknya ia akan dibeli oleh KOPEDIK sepenuhnya.

Syarat-Syarat Penyertaan

1. Berdaftar sebagai ahli KOPEDIK dengan bayaran sebanyak RM99.00 (banyak faedah)
2. Menyediakan tanah tidak kurang dari 5 ekar (boleh berkelompok)
3. Menyediakan modal RM3,680 bagi setiap ekar untuk anak benih dan baja
4. Bersetuju menjual kepada KOPEDIK dengan harga RM0.40 sekilo
5. Bersetuju memeterai perjanjian kontrak belian balikBersetuju menerima lawatan dan pemantauan dari wakil KOPEDIK ke ladang yang diusahakan

Anggaran Keuntungan

Keuntungan yang bakal diperolehi dikira berdasarkan kepada keluasan ladang:
1. Keluasan Keuntungan Modal Keuntungan
2. Tanah Kasar (RM) (RM) Bersih (RM) *
1 ekar 11,600 3,680 7,920
5 ekar 58,000 18,400 39,600
8 ekar 92,800 29,440 63,360
10 ekar 116,000 36,800 79,200

* Keuntungan bersih dikira selepas jualan ditolak dengan modal benih & baja sahaja. Keuntungan akan lebih besar sekiranya keluasan tanah lebih luas (jimat kos pekerja).

Sila hubungi Pengurus Portfolio Cawangan Tengah seperti berikut; Hisham (019-2272127) Anwar (019-3835472) dan Daftar SEGERA. Manual Penanaman akan diberi.

Ikan Haruan Diperlukan Antara 90 - 100 Kg Sehari!


By MILLENNIUM AGROTANI KORIDOR

KAMI mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk membekalkan ikan haruan bagi memenuhi permintaan pemborong pada kadar 30 kilogram hingga 100 kilogram sehari.

Saiz yang diperlukan sebenar lengan budak ke atas dan masih hidup. Harga belian RM3 sekilogram. Jika, sanggup hubungi kami segera!

Mungkin parit, tasik, kubang, paya, sawah dan taliair di belakang atau berdekatan rumah anda menjadi sumber pendapatan yang mampu mencecah pendapatan antara RM90 hingga RM300 sehari bersamaan dengan RM1,800 hingga RM9,000 sebulan.

Hubungi kami pada emel agrotanikoridor@gmail.com atau hotline 019-2051419 untuk keterangan lanjut.

Anda Perlukan Lintah dan Belut? Hubungi Kami Segera!


By MILLENNIUM AGROTANI KORIDOR

ANDA nak jual atau nak beli belut dan lintah? Kalau anda perlukan belut, saya boleh uruskan. Sumber untuk dapat lintah banyak tetapi untuk menangkapnya saya rasa tak ramai yang sanggup.

Hubungi kami pada emel agrotanikoridor@gmail.com atau hotline 019-2051419 untuk keterangan lanjut.

Sunday, December 30, 2007

Jangan Lupa Kursus Sangkut Proses Makanan Ternakan & Ternak Lintah Pada 19 & 20 Jan 2008

By MILLENNIUM AGROTANI KORIDOR

MAHU jadi usahawan tani yang berjaya? Jangan ketinggalan ikuti Kursus Praktikal Memproses Makanan Ternakan (Yuran RM150) pada 19 Januari 2008 dan Kursus Ternakan Lintah (Yuran RM140) pada 20 Januari 2008.

Kedua-dua kursus bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 6.00 petang. Sijil akan disediakan sebagai sokongan dalam permohonan pembiayaan dan urusan dengan pelbagai pihak agensi kerajaan yang terbabit.

Sesiapa yang berminat hubungi 019-2051419 atau emel terus kepada agrotanikoridor@gmail.com pada kadar segera. Kursus akan diadakan di Sri Manjung, Perak.

Ayam Kampung Organik: Dr Zainol Labur RM1 Juta Bina Ladang, Cipta Makanan Ternakan Sendiri!

Ayam kampung yang diternak secara organik itu diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, pandan, habbatus sauda dan limau purut. Resipi Dr. Mohd Zainol patut menjadi teladan kepada usahawan tani yang lain.

By BERITA HARIAN

TEKADNYA menceburi perniagaan ternakan ayam kampung organik adalah bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah untuk menyediakan makanan halal bermutu untuk umat Islam di negara ini.

Di ladang itu beliau menternak 40,000 ayam kampung yang diberikan makanan herba berkhasiat dan bermutu tinggi bagi memastikan dagingnya benar-benar bebas daripada sebarang campuran bahan kima.

Makanan yang diberikan adalah hasil ciptaan beliau sendiri selepas melakukan penyelidikan selama setahun.

Ia daripada ejen pemangkin pertumbuhan yang banyak digunakan dalam industri penternakan untuk mempercepatkan proses tumbesaran ayam.

Pengarah Urusan Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd (Al-Mumtaz) itu berkata, hasrat utama menceburi ternakan ayam kampung organik tanpa sebarang campuran bahan kimia terlarang bagi menyahut tuntutan agama dan kerajaan yang menggalakkan orang Islam di negara ini terbabit dalam industri makanan halal.

“Saya terpanggil untuk menceburi ternakan ayam kampung organik ini adanya pelbagai laporan kebelakangan ini mengenai daging yang disuntik dengan pelbagai bahan yang tidak halal ditambah lagi dengan cara sembelihan meragukan umat Islam.”

“Hasil daripada pengamatan saya mendapati makanan yang diberikan kepada ayam untuk tujuan pembesaran dan tempoh sebenar ayam untuk membesar tidak mengikuti kaedah yang betul menyebabkan pengguna berdepan risiko ditimpa pelbagai penyakit seperti kanser dan jantung,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Beliau menubuhkan Al-Mumtaz tahun lalu dengan harapan dapat menyediakan kemudahan makanan halal kepada umat Islam di negara ini dan juga di luar negara.

“Langkah kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab makanan halal dunia tepat pada masanya kerana orang Islam perlu menghasilkan makanan yang halal dan bermutu tinggi seperti yang dituntut agama.

“Penyediaan makanan halal itu turut termasuk proses penyembelihan, makanan yang diberikan kepada binatang yang diternak dan pengedaran produk berkenaan,” katanya.

Dr Mohamad Zainol yang mendapat pendidikan perubatan di Amerika Syarikat, pernah bekerja dengan beberapa syarikat antarabangsa seperti Pfizer serta menjawat beberapa jawatan kanan di syarikat antarabangsa berkenaan.

Beliau menubuhkan klinik Medi Sina di Ampang khusus untuk perkhidmatan kesihatan sejak sepuluh tahun lalu sebelum menceburi penternakan ayam sejak setahun.

“Saya memulakan perniagaan pada 2005 dengan mengimport daging dari luar negara. Selepas mempelajari selok belok perniagaan ini, tahun lalu membuka perniagaan menternak ayam kampung organik,” katanya.

Ayam kampung yang diternak secara organik itu diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, pandan, habbatus sauda dan limau purut.

Tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol.

Pemakanan berkhasiat yang memanfaatkan penggunaan pelbagai bahan organik dan herba dapat meningkatkan daya tahan ayam berkenaan daripada serangan penyakit dan proses penuaan.

Ayam kampung organik yang diternaknya dibiarkan bebas kerana menerusi cara itu ia mampu menghasilkan daging yang memiliki protein tinggi.

Dr Mohamad Zainol berkata, perniagaan yang diusahakan ini tidak pernah mendapat bantuan kerajaan atau pinjaman daripada mana-mana bank.

“Saya menggunakan duit simpanan yang ada untuk membangunkan perniagaan menternak ayam daging organik, tambahan pula amat sukar bagi mereka yang terbabit dalam bidang pertanian untuk memohon pinjaman daripada bank,” katanya.

Beliau berkata, sambutan pengguna terhadap ayam kampung organiknya adalah amat menggalakkan selepas menyedari ayam kampung organik tidak menggunakan bahan pemangkin pertumbuhan seperti beta agonist serta lemak dan enzim babi.

Beliau berkata, kesedaran orang ramai terhadap makanan berkhasiat dan menggunakan bahan organik semakin meningkat di negara ini.
“Sejak mula memasuki pasaran sebulan yang lalu, saya sudah menjual lebih 9,000 ekor ayam kampung organik.”

“Saya berhasrat mengembangkan perniagaan ini menerusi sistem francais kepada mana-mana individu yang berminat iaitu membabitkan pembukaan kedai untuk menjual ayam kampung organik yang sudah siap diproses,” katanya.

Beliau berkata, ayam kampung organik yang diternak itu kini dibekalkan ke hotel di Kuala Lumpur dan Selangor antaranya rangkaian hotel De Palma serta restoran Sari Ratu dan Wong Solo.

Katanya, beliau berhasrat untuk menjadikan perusahaan penternakan ayam kampung organik ini sebagai satu perniagaan yang bersifat ‘niche’ yang mana mereka yang hendak menikmati keenakan ayam kampung segar, sudah siap diproses serta menggunakan bahan halal sebagai makanan haiwan ternakan berkenaan boleh mencarinya di kedai yang akan ditubuhkan menerusi sistem francais.

Lahirkan 10,000 Usahawan Tani & Perkenal 3,000 Projek Asas Tani 2008

Terpulanglah kepada bakal-bakal usahawan tani untuk merebut peluang ini. Teliti dan langkahlah dengan konfiden ceburi dunia agrotani hingga menjadi seorang usahawan yang berjaya dan beriman!

By BERNAMA

KERAJAAN akan memperkenalkan 3,000 lagi projek industri asas tani berimpak tinggi melibatkan peruntukan RM32 juta pada tahun hadapan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, projek tersebut yang antara lain melibatkan industri pemprosesan makanan, akuakultur dan ternakan haiwan dijangka mampu melahirkan 10,000 usahawan tani seperti yang disasarkan sebelum ini.

Menurut beliau, bagi tujuan tersebut, pihaknya kini menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti kesesuaian projek yang bakal dilaksanakan di seluruh negara.

“Kita akan mula membuka tender dan tawaran kepada pihak terbabit hujung tahun ini. “Kali ini kita membuka skop lebih luas iaitu melibatkan penyertaan pelbagai pihak khususnya bumiputera yang berminat menyertai projek tersebut,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Industri Asas Tani di Pejabat Daerah Sik, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Usahawan Negeri, Datuk Dr. Shuib Saidin. Menurut Muhyiddin, sejak dilaksanakan pada 2004, projek pertanian berimpak besar memberi banyak manfaat kepada para petani kerana berjaya membawa keluar mereka dari paras kemiskinan.

Sambil memberikan contoh 85 projek Industri Asas Tani dengan kos RM22.3 juta di daerah Sik, beliau berkata, sebahagian besar daripada 320 peserta kini berjaya memperoleh pendapatan bulanan melebihi RM1,200 sebulan.

“Ini menunjukkan projek ini berjaya meningkatkan pendapatan mereka daripada RM700 sebulan kepada lebih RM1,200 sebulan,’’ katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu kementeriannya bersetuju membina sebuah pusat pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan produk industri asas tani di daerah Sik.

Katanya, pusat tersebut akan memudahkan para usahawan tempatan menaik taraf produk tempatan mereka supaya lebih berdaya saing di pasaran.

Tambah beliau, para usahawan yang berminat boleh menggunakan khidmat pusat berkenaan dengan kadar minimum.

Longgarkan Syarat Pinjaman Pertanian & Perluaskan Skop Pembiayaan!

Masalah utama yang gagal dibanteras kerajaan ialah soal pembiayaan oleh bank. Walaupun dana banyak tetapi kerenah birokrasi bank-bank telah melenyapkan impian bakal-bakal usahawan tani.

By BERNAMA

INSTITUSI kewangan digesa melonggarkan syarat pinjaman dan memperluaskan skop pembiayaan kepada sektor pertanian dan industri asas tani terutamanya agropertanian yang tidak terhad kepada sektor komoditi sahaja.

Menteri Pertanian, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, pada masa ini bank perdagangan memang menunjukkan minat yang memberangsangkan untuk membiayai aktiviti berkaitan pertanian tetapi jumlahnya amat kecil.

Menurut beliau, sepanjang tahun lalu, institusi kewangan telah memperuntukan lebih RM200 bilion dalam bentuk pinjaman tetapi daripada jumlah itu tidak sampai RM10 bilion diagihkan untuk sektor pertanian.

“Itupun sebahagian besar daripadanya untuk tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan getah, bagi sektor pertanian dan industri asas tani lain amat sedikit, mungkin tidak sampai suku pun,” katanya.

Justeru beliau mencadangkan supaya bank perdagangan melonggarkan sedikit syarat pinjaman termasuk melanjutkan tempoh bayaran balik dan memberi layanan berbeza terhadap sektor itu berbanding industri lain yang mampu memberi pulangan lebih cepat.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Hari Keluarga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Selesa Beach Resort di sini hari ini.

Tambah Muhyiddin, aktiviti pertanian memang mengambil masa berbanding industri lain tetapi pihak bank perlu memberi keutamaan kepada daya saing dan kemajuan syarikat terbabit yang mampu memberi pulangan lumayan dan terjamin.

Beliau seterusnya mencadangkan supaya Bank Negara Malaysia (BNM) menggesa institusi kewangan melalui dasarnya untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada aktiviti pembiayaan disalurkan kepada sektor pertanian dan industri asas tani.

Beliau mengakui Bank Pertanian dan Bank Industri Kecil dan Sederhana memang menyediakan perkhidmatan tersebut tetapi ia tidak mencukupi berbanding keperluan pertanian negara.

‘‘Pembiayaan bank perdagangan perlu tidak terhad hanya kepada komoditi sahaja tetapi ia perlu melibatkan sektor pertanian lain termasuk keperluan logistik seperti rangkaian pemasaran dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin menetapkan sasaran menubuhkan sekurang-kurangnya sebuah koperasi dalam Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang akan bertanggungjawab memasarkan produk dengan lebih cekap dan efisien.

Beliau berkata, kerajaan menyasarkan dalam tempoh masa tiga tahun iaitu sebelum berakhirnya Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), setiap PPK akan mempunyai sebuah koperasi yang ditadbir dan diuruskan secara profesional.

Katanya, pada masa ini memang telah wujud koperasi di sesetengah PPK tetapi ia tidak aktif dan tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ahli.

‘‘Pada masa ini kita mempunyai kira-kira 700,000 ahli pertubuhan peladang dan kira-kira 100,000 ahli pertubuhan nelayan di seluruh negara.

‘‘Cuba bayangkan potensi modal yang bakal diperoleh oleh koperasi itu sekiranya semua ahlinya itu bergabung dan bergiat aktif dalam sektor pertanian dan industri asas tani negara,” katanya.

LPP Diminta Tubuh Segera Koperasi Tani Untuk Manfaat 717,000 Ahlinya

Kesedaran untuk mengikuti pelbagai kursus pertanian telah merancakkan pelbagai industri asas tani di negara ini dan sewajarnya LPP menyegerakkan penubuhan koperasi tani untuk kepentingan ahli-ahlinya dan paling utama jangan jadikan ia sebagai tempat berpolitik jika mahu melihat sektor ini berjaya.

By BERNAMA

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani meminta semua 272 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) kawasan, segera menubuhkan koperasi untuk faedah 717,000 ahlinya.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan koperasi itu bagi menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melonjakkan sektor pertanian supaya lebih maju dan berdaya saing.

“Penubuhan koperasi diharap dapat memperkembangkan aktiviti ekonomi para petani, peladang dan penternak yang selama ini terhenti setakat menghasilkan produk pertanian sahaja.

“Sedangkan terdapat pelbagai aktiviti nilai tambah kepada produk yang dikeluarkan yang selama ini dikuasai oleh pihak lain,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di Hotel Renaissance, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang dan Pengerusi Nafas, Datuk Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Muhyiddin berkata, penubuhan koperasi itu diharap menjadi sayap utama Nafas dalam menjana ekonomi ahli-ahlinya terutama dari aspek pemasaran, pembungkusan dan penjenamaan produk.

“Saya berharap semua ahli LPP secara automatik menjadi ahli koperasi dengan hanya perlu membayar sebanyak RM1,000 setiap seorang sebagai pelaburan awal atau saham kepada koperasi tersebut.

“Jika perlu kita akan adakan jawatankuasa peringkat kementerian dan meminta nasihat tokoh-tokoh seperti Profesor Diraja Ungku Aziz dan mencontohi koperasi seperti ini di negara-negara seperti Korea, Jepun dan Australia yang terbukti berjaya meningkatkan pendapatan petani,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 bakal menyaksikan satu penganjuran terbesar apabila hampir 2,000 penyertaan diterima daripada pelbagai pihak untuk menyertai acara dwi tahunan itu.

“Melihatkan sambutan hangat ini, kementerian bersetuju untuk mengadakan MAHA selama 12 hari berturut-turut bagi membolehkan orang ramai benar-benar mendapat faedah daripada pameran itu,” katanya. usahawantani.com

Mari Rebut Peluang Ini: Malaysia Pengeluar Daging Kambing Boer Terbesar!

Penternakan Kambing Boer kini menjadi pilihan kebanyakan usahawan tani kerana permintaannya yang semakin meningkat sejajar dengan peluang dan kesedaran baru para penternak kambing di negara ini.

By BERNAMA

MALAYSIA bakal muncul sebagai pusat pengeluar baka dan daging kambing boer terbesar di rantau ini dan Timur Tengah dalam tempoh 10 tahun lagi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

Beliau berkata, sasaran tersebut berdasarkan keputusan kementerian untuk membangunkan kawasan penternakan kambing boer seluas 1,480 hektar di Pondok Tanjung, Taiping, Perak.

Beliau berkata, setakat ini 800 hektar tanah sudah dibersihkan dan 200 hektar daripadanya akan digunakan sebagai ladang nukleus pembiakbakaan kambing boer.

Menurut beliau, tanah bersebelahan ladang nukleus itu akan digunakan untuk pembinaan infrastruktur dan sebahagiannya akan dipecahkan kepada 50 lot (20 hektar satu lot) supaya penternak berpengalaman yang berminat boleh mengambil bahagian dengan pelbagai bantuan daripada kerajaan.

“Sasaran kita apabila ladang itu dibangunkan sepenuhnya, kita boleh menghasilkan 100,000 ekor kambing boer pada satu-satu masa.

“Tapi itu pun tak mencukupi kerana jika mengikut bilangan penduduk, kita memerlukan antara 5 juta hingga 10 juta ekor pada satu-satu masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Lawatan Kerja ke Daerah Kuala Langat di sini hari ini. Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.

Setakat ini kata Muhyiddin, pihaknya telah membawa masuk 100 ekor baka kambing boer dari Afrika Selatan yang kini diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Terbukti! Graduan Raih RM12,000 Sebulan Dengan 70 Kg Sehari Cendawan


Industri cendawan patut diterokai oleh anak-anak muda kerana ia mampu memberikan pulangan yang lumayan berbanding kerja makan gaji. Lihat kisah Nor Sanusi Mahmud, 25 tahun, tanaman cendawannya telah menghasilkan pendapatan lumayan!

By BERNAMA

WALAUPUN bergelar graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), namun Nor Sanusi Mahmud, 25 tidak menyesal memilih untuk menceburi bidang tanaman cendawan.

Keputusan bijaknya itu membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan. Tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakannya sejak tahun 2004 kini menghasilkan sehingga 70 kilogram cendawan setiap hari.

Nor Sanusi yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, sewaktu mula menceburi perusahaan itu, dia hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM28,000 sahaja.

Menurutnya, idea untuk terlibat dalam penanaman cendawan yang diusahakan di Kampung Telaga Papan di sini timbul setelah melihat sendiri kejayaan petani di Hatyai, Thailand.

Kata beliau, dia kemudian membuat keputusan untuk mencuba teknologi penanaman cendawan seperti yang dilaksanakan di Hatyai itu sehinggalah kini berjaya menjadi pembekal utama cendawan ke pasar borong seluruh Kelantan.

‘‘Bezanya kaedah yang digunakan ialah saya bina bangsal cendawan dari kayu pokok gelam, batang nibung dan atap rumbia seperti yang dilakukan petani di Hatyai.

‘‘Dengan kaedah ini kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli kayu dan atap asbestos yang semakin meningkat harganya seperti yang biasa dilakukan di negara ini,” katanya.

Tambah Sanusi, Pejabat Pertanian Pasir Puteh juga banyak membantu menjayakan projeknya dengan menyalurkan khidmat teknikal dan kepakaran termasuk kaedah penanaman yang sistematik.

‘‘Saya menjual cendawan ke beberapa tempat seperti Pasar Besar dan Pasar Borong Pasir Puteh dengan harga RM5.80 sekilogram.

‘‘Ia sudah cukup lumayan dengan pendapatan kasar sebanyak RM400 sehari,” katanya.

Beliau berkata, cendawannya mendapat permintaan tinggi bagi penghasilan masakan tomyam dan juga cendawan goreng yang diusahakan peniaga makanan di sekitar Kelantan dan sebahagian daerah di sempadan Kelantan dan Besut.

‘‘Saya sedia membantu usahawan baru khususnya belia lain yang berminat menceburi penanaman cendawan kerana prospeknya begitu baik ketika ini,” katanya.

Thursday, December 27, 2007

Lumayan. Ikuti Kursus Ternakan Lintah Secara Komersial

Ikutlah kursus di mana-mana untuk meningkatkan pengetahuan dan motivasi diri dalam bidang pertanian yang diceburi!

TERNAKAN Lintah? Suatu yang aneh barangkali bagi masyarakat sebelah Pantai Barat. Tetapi ia suatu bisnes yang lumayan dewasa ini. Mengapa anda tidak mencubanya?

Ikuti "Kursus Sangkut" selama sehari bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang di Sri Manjung pada 20 Januari 2008 (Ahad).

Yuran RM140.00 dikenakan kepada setiap peserta.Sijil akan dikeluarkan sebagai sokongan terhadap permohonan pembiayaan SPED Bank Rakyat, MARA, TEKUN, Amanah Ikhtiar mahupun Lembaga Pertubuhan Peladang.


Sesiapa yang berminat hubungi 019-2051419 atau emel terus kepada agrotanikoridor@gmail.com pada kadar segera.

Kursus Sangkut Praktikal Memproses Makanan Ternakan

Kita mungkin buta dan jahil bagaimana untuk mencipta makanan berkhasiat untuk ternakan kita, sedangkan bahan mentahnya ada di sekeliling kita.

ANDA mungkin memerlukan pengetahuan detail bagaimana mahu menyediakan makanan ternakan anda?
Lembu, kambing, belut, lintah, ikan keli, ayam dan lain-lainnya.

Ikuti "Kursus Sangkut" selama sehari bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang di Sri Manjung pada 19 Januari 2008 (Sabtu).
Yuran RM150.00 dikenakan kepada setiap peserta.

Sijil akan dikeluarkan sebagai sokongan terhadap permohonan pembiayaan SPED Bank Rakyat, MARA, TEKUN, Amanah Ikhtiar mahupun Lembaga Pertubuhan Peladang.

Sesiapa yang berminat hubungi 019-2051419 atau emel terus kepada agrotanikoridor@gmail.com pada kadar segera.

Ternak Ikan Dalam Sangkar Kanvas & Kolam Konkrit Raih Untung Lumayan!



Pelbagai cara ternakan ikan diperkenal samada melalui kanvas, kolam sangkar terapung atau kolam konkrit mengikut kesesuaian tempat, modal dan kecenderungan usahawan tani itu sendiri. Hendak seribu daya...

By BERNAMA

KOLAM konkrit yang digunakan sebagai tempat menyimpan air akan hilang fungsinya berikutan semakin ramai petani dan penternak menyedari kelebihannya dari segi ekonomi dan menjadikan kolam itu sebagai tempat menternak ikan.

Penggunaan kolam yang menjimatkan, praktikal dan selesa daripada bau hanyir dan tanah bukan saja memudahkan petani mengawal ternakan malah mereka dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran menerusi teknologi moden.

Bukan itu saja, sistem penternakan ikan dalam sangkar terbuka sama ada di pantai, tasik, tali air, lombong atau kawasan terbiar adalah antara kaedah menternak ikan bagi tujuan komersil.

Di Malaysia, banyak projek sangkar terbuka sama ada di pantai atau tasik berjaya meningkatkan jumlah pembenihan ikan dan produktiviti pengeluaran ikan.

Antara projek ternakan ikan air masin dalam sangkar terbuka yang diusahakan di perairan Pulau Nangka, Melaka. Projek ini dijalankan secara teknologi tinggi menggunakan sangkar Polietelina Berkepadatan Tinggi (HDPE) yang tahan lama berbanding sangkar kayu.

Peralatan dan mekanisasi canggih kawalan dan penyeliaan digunakan melalui kaedah HDPE.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Mohd Mazlan Jusoh berkata, sistem ternakan ikan di kolam konkrit dapat meningkatkan hasil ternakan ikan air tawar negara pada kadar 200,000 tan metrik setahun.

Sistem kolam terdiri daripada beberapa komponen utama seperti kolam konkrit, alat pengudaraan yang dapat mengekalkan paras oksigen, dinding pemisah konkrit bagi mengawal arah aliran air supaya bergerak searah dan alat untuk menuai ikan serta cawangan untuk bahan sisa.

Dalam usaha menyelaras perkembangan industri perikanan, katanya, kerajaan memberi penekanan kepada kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan menubuhkan sebuah pusat penyelidikan perikanan air tawar di Negeri Sembilan.

Menurut Berita Perikanan, apabila siap pada 2002, pusat itu yang bernilai kira-kira RM65 juta akan memainkan peranan utama dalam R&D perikanan air tawar dan menjadi pusat maklumat dan pengembangan teknologi akuakultur air tawar.

Ketua Jabatan Sumber Akuatik Universiti Putra Malaysia cawangan Terengganu, Aizam Zainal Abidin berkata, potensi penternakan ikan di negara ini adalah sangat besar kerana ia mempunyai nilai pulangan yang tinggi dan pada masa yang sama dapat mengurangkan bekalan ikan import.

Pengaliran keluar wang bukan saja dapat dielakkan malah memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Katanya, promosi kerajaan untuk membangunkan industri akuakultur bertepatan pada masanya iaitu ketika negara masih bergantung besar kepada ikan import.

"Promosi kerajaan pusat dan kerajaan negeri bagi meningkatkan penternakan dan pengeluaran ikan tempatan dijangka memberi kesan besar kepada penduduk yang terbabit secara langsung dalam industri perikanan.

Malah, pelancaran mohor perdagangan (trade mark) bandar tertentu di beberapa negeri seperti "Temerloh Sebagai Bandar Ikan Patin" dapat menarik pelaburan swasta," katanya baru-baru ini.

Sesuai dengan perkembangan semasa, pembangunan industri perikanan di negara ini terbukti dengan bertambahnya jumlah projek ternakan ikan termasuk di dalam sangkar terbuka yang dipasang di dalam air.

Kejayaan projek ternakan ikan dalam sangkar terbuka, tali air sawah dan kolam konkrit di Tasik Kenyir (Terengganu), Bachok dan Kubang Kerian (Kelantan) membuktikan bahawa industri berkenaan mempunyai potensi besar untuk berkembang.

Kerajaan bergiat untuk mempromosi dan meningkatkan industri perikanan tempatan secara komersil supaya negara tidak terlalu bergantung kepada ikan import.

Oleh itu, kerajaan mengambil berat keperluan dan perkembangan industri perikanan yang diletakkan di bawah Jabatan Perikanan.

Malah dalam pembentangan belanjawan 2000 baru-baru ini Menteri Kewangan Pertama, Tun Daim Zainuddin mengumumkan keputusan bahawa kerajaan berusaha meningkatkan sektor pertanian menerusi peruntukan RM1.05 bilion bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan sektor pertanian.

Program ini termasuk meningkatkan kualiti dan produktiviti hasil pertanian di samping memantapkan sistem dan pemasarannya. Kerajaan berharap dengan adanya program ini, bilangan import makanan dijangka dapat dikurangkan.

Daim berkata, "Pembangunan sektor pertanian akan dimantapkan bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.


Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) yang dirangka adalah visi baru bagi pembangunan sektor pertanian. Ini adalah iltizam kerajaan untuk memaksimumkan hasil pendapatan dan mengoptimumkan penggunaan sumber pertanian melalui pemodenan dan pendekatan secara komersil."

DPN3 menyatakan bahawa sumber semulajadi termasuk perhutanan, air dan sumber marin akan terus dibangunkan dan diuruskan secara mapan. Malah DPN3 turut mensasarkan pertumbuhan sektor perikanan sebanyak 3.1% setahun dari RM1.8 bilion pada 1995 kepada RM2.9 bilion menjelang 2010.

Sumbangannya kepada sektor pertanian dijangka meningkat daripada 11.2% pada 1995 kepada 13% pada tahun 2010 manakala kepentingan sumbangannya naik dari tempat ketiga ke tempat kedua selepas kelapa sawit menjelang tahun 2010.

DPN3 juga mensasarkan bahawa jumlah pengeluaran sektor perikanan dijangka meningkat daripada 1.24 juta tan pada 1995 kepada 1.93 jua tan metrik menjelang tahun 2010.

Pengeluaran perikanan laut dalam menyumbang 434,000 tan, perikanan pantai kekal pada 900,000 tan dan akuakultur 600,000 tan setahun menjelang tahun 2010.

Dengan unjuran positif dalam industri perikanan negara, ia dijangka dapat membuka peluang pembangunan kepada industri sokongan termasuk pengeluaran makanan dan benih ikan.

Permintaan ke atas ikan dan produknya juga dijangka meningkat daripada 809,300 tan pada 1995 kepada 1.59 juta tan pada 2010. Penggunaan perkapita ikan negara pula naik daripada 39.1 kilogram pada 1995 kepada 56 kilogram pada 2010, menurut Berita Perikanan.

Alternatif teknologi penternakan ikan moden seperti ikan dalam sangkar dapat meningkatkan pengeluaran ikan. Sangkar ikan lebih mudah dikendalikan serta dapat meningkatkan pengeluaran hasil, kata Mazlan, sambil menambah, potensi perikanan akuakultur membabitkan projek ternakan sangkar terbuka adalah kaedah yang paling praktikal bagi meningkatkan jumlah ikan.

Ia menggalakkan produktiviti hasil ikan malah persekitarannya sesuai untuk kehidupan ikan.

Lawatan penulis ke sebuah pusat ternakan ikan air tawar dalam sangkar di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir mendapati bahawa kaedah itu adalah lebih mudah diselaraskan.

Ini kerana ia hanya membabitkan kaedah pengurusan seperti jadual memberi makan kepada ikan dan pembenihan ikan.

Seorang penternak ikan yang sudah mengusahakan ternakan ikan air tawar sejak lima tahun lalu iaitu Zahkari Mohamad, 30-an, berkata teknologi sangkar ikan air yang digunakannya adalah rekaan terbaru Jabatan Perikanan.

Menurutnya, sehingga kini, ada kira-kira 2,800 hektar kawasan di Tasik Kenyir yang sudah dijadikan sangkar terbuka oleh pengusaha chalet dan ikan kecil-kecilan.

Beliau berkata, penggunaan sangkar ikan air tawar dapat meningkatkan lebih 100% ikan air tawar seperti tilapia merah, lampam jawa, patin dan kap tahun lalu berbanding kira-kira 10 tahun lalu. Kaedah ini belum popular ketika itu.

Seorang pegawai Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yang bertanggungjawab atas pembangunan Tasik Kenyir berkata, Tasik Kenyir amat popular dengan pelbagai spesies ikan air tawar.

Dalam tempoh setahun, tasik itu mampu mengeluarkan antara 25 dan 50 metrik tan ikan air tawar. Antara spesies ikan air tawar yang dipelihara di Tasik Kenyir ialah ikan bilis air tawar dan spesies itu dijangka dapat menyumbang hasil pengeluaran bilis air tawar antara lima dan lapan tan setahun.

Sementara itu, Pegawai Perikanan Jabatan Perikanan Jajahan Bachok, Azizan Ahmad berkata, kaedah penternakan ikan di tali air sawah pula dikenal pasti lebih menjimatkan.

Ini kerana petani hanya perlu menggunakan sumber sedia ada malah ikan yang diternak diakui pembeli kawasan sekitar tidak terjejas dari segi mutu dan rasa.

Katanya, ini disebabkan air yang digunakan di tali air adalah bersih. Projek sangkar ikan itu mampu mengeluarkan antara 1,500 dan 2,000 tilapia dalam masa enam bulan dalam setiap sangkar berkelulusan 50 kaki panjang dan 100 kaki lebar.

Kesimpulannya, usaha menggiatkan penternakan ikan secara akuakultur sama ada ikan air tawar atau ikan air masin adalah strategi serampang dua mata kerajaan untuk meningkatkan industri perikanan tempatan. Antara kelebihan yang diperolehi ialah ia dapat meningkatkan jumlah ikan dan mengurangkan import ikan luar negara.

Projek sangkar ikan juga dapat membantu mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Masyarakat luar bandar dapat meningkatkan taraf hidup dan menambah pendapatan mereka dengan menternak ikan di pantai, tasik, kolam, lombong tinggal dan tali air secara komersil.

Mula Buat Main-Main: Kini Jual Keli & Puyu Satu Tan Matrik Sebulan




Ikan Keli dan Puyu, kini boleh diternak dalam kanvas atau kolam konkrit di kawasan terbuka atau bersebelahan rumah.

By BERNAMA

BERMULA dengan menternak ikan keli dan puyu dalam dua kolam di tanah milik penduduk kampung yang disewanya sejak 1985, Adnan Asran, 32, kini mampu tersenyum kerana kegiatan yang dilakukan secara tidak bersungguh pada permulaan itu menjadi sumber pendapatannya.

Usaha selama 11 tahun itu kini membuahkan hasil apabila beliau diumumkan sebagai Usahawan Penternak Ikan Jaya peringkat kebangsaan sempena Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan yang sedang berlangsung di sini, selama empat hari bermula semalam.

Adnan yang berasal dari Kampung Baru, Simpang Kendong, Alor Gajah, Melaka berkata, ketika sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajar (SRP) beliau serta beberapa rakan membina kolam di atas tapak tanah sawah milik seorang penduduk kampung.

Katanya, ketika itu musim menuai padi baru saja tamat dan air di dalam sawah di kampung berkenaan semakin kering. Hasrat membina kolam di penjuru sawah itu timbul apabila seorang penduduk kampung memberitahu ikan sungai seperti keli dan puyu akan bertumpu di kawasan berair.

"Di dalam kolam yang dibina, kami masukkan daun kelapa kering serta tumbuhan lain ke dalam kolam," katanya. Adnan berkata, sebulan selepas itu, beliau dan rakannya bersetuju untuk mengeringkan air dalam kolam dan kami terkejut apabila mendapati lebih 200 ikan keli, 500 ikan puyu serta beberapa ekor belut berada dalam kolam berkenaan.

"Ikan-ikan yang diperolehi daripada kolam itu kami jual kepada penduduk kampung," katanya.

Walaupun mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, minat serta dorongan keluarga, Adnan yang anak pertama daripada sembilan beradik mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan menumpukan perhatian menternak ikan secara komersil.

Bermula dengan membina dua kolam, Adnan dengan dibantu oleh tiga adiknya kini meningkatkan usaha dengan menternak ikan di dalam 18 kolam dan membina 12 buah tangki simen di tanah seluas 1.7 hektar.

Beliau juga membina kolam untuk penetasan ikan keli dan puyu. "Saya memasarkan ikan keli dan puyu di beberapa bandar di Melaka dan Negeri Sembilan," katanya. Sehingga kini, Adnan dapat memasarkan lebih satu tan metrik ikan sebulan dan pendapatan bersih yang diperolehi ialah RM3,500 sebulan.

Potensi Ternakan Ikan Puyu

Ikan puyu seringkali dikaitkan dengan kepercayaan mistik. Mitos mengenai ikan puyu yang kononnya dapat menjadi penghalang serangan toyol dan ilmu hitam bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar.

Malah ada juga yang mempercayai memelihara ikan puyu boleh dijadikan 'tangkal' bagi menghalang perbuatan jahat.

Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah.

Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur.

Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air.

Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau lumpur.Persekitaran Ala 'Resort' Seorang usahawan Melayu tempatan di Melaka gigih mengusahakan ternakan ikan puyu secara komersil.

Tapak projek ternakannya terletak lebih kurang 14 kilometer dari pekan Alor Gajah, iaitu di Kg Baru Taboh Naning, Jalan Taboh Naning, Melaka.

Syarikat Sempadan Gemilang Enterprise milik Encik Amir bin Haji Asran terletak di kawasan perkampungan yang di sekitarnya terdapat pokok buah-buahan seperti pisang dan rambutan.

Rumah banglo dua tingkat yang dibina sendiri Encik Amir dikelilingi pokok kelapa, pokok palma, pokok bunga kertas dan bonsai menyerlahkan keindahan persekitaran landskap rumah beliau.

Pokok-pokok ini meredupkan kawasan sekitar tapak di samping menjadi sempadan antara kolam-kolam ikan.

Pencetus Semangat Minat untuk berniaga sendiri telah timbul seawal beliau berumur 17 tahun. 20 tahun selepas itu, Encik Amir boleh berbangga kerana beliau merupakan salah seorang pelopor dalam bidang ternakan ikan puyu di negeri Melaka.

Sejarah Encik Amir berniaga sendiri bermula dengan menjual buah-buahan selepas tamat tingkatan lima. Minat yang mendalam untuk menjadi usahawan berjaya menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk menamatkan pendidikan formal ke peringkat STPM.

Sebagai permulaan, beliau berhijrah ke Brunei. "Nak melihat negeri orang", ujar Encik Amir ringkas.Selama 4 bulan di Brunei, banyak ilmu dan pengalaman diperolehi beliau.

Melihat orang Brunei hidup senang dengan usaha sendiri tanpa bantuan subsidi dari kerajaan telah membakar semangat beliau. Kesenangan dan kejayaan yang dicapai hari ini adalah dengan usaha sendiri.

Usaha lebih akan menghasilkan ganjaran yang lebih. Melihat orang lain hidup senang dan berjaya telah mendorong beliau untuk memulakan perniagaan sendiri.Permulaan yang SederhanaDengan bantuan isteri beliau, Puan Hajijah binti Haji Abdul Wahid, Encik Amir memulakan projek ternakan ikan puyu pada tahun 1994.

Tanah seluas 4 ekar milik keluarga dibeli dan dijadikan sebagai tapak projek. Berbekalkan modal sendiri sebanyak RM20,000 beliau memulakan projek dengan sebuah kolam bersaiz 40' X 80'.

Tapak projek dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti air, elektrik, telefon dan sistem perparitan yang sempurna.

Untuk sampai ke tapak projek bukanlah satu masalah kerana ia boleh dihubungi oleh semua kenderaan darat melalui jalan raya utama.

Kini, terdapat 12 buah kolam tanah dan 18 buah kolam konkrit. Kolam-kolam ini digunakan untuk penetasan benih ikan, penternakan dan penghasilan induk ikan.

Potensi Ikan Puyu

Mengapa agaknya Encik Amir memilih ikan puyu untuk dikomersilkan? Berpotensikah ia? Ikan puyu (Climbing Perch) atau nama saintifiknya Anabias Testudineus, turut dipanggil ikan betok oleh penduduk tempatan.

Habitat ikan puyu biasanya di sawah padi, tasik, paya, lubuk dan anak sungai. Melihat ikan puyu di dalam kolam dan sangkar penetasan mengundang pelbagai persoalan.

Mampukah ikan sekecil ini menarik minat pembeli? Berjayakah ia jika dikomersilkan secara besar-besaran? Saiznya yang kecil dan warnanya yang gelap begitu jauh sekali dengan ternakan aqua-culture yang lain.

Bila melihat keadaan ini, pasti ramai yang tertanya-tanya sejauh manakah perusahaan ini akan berjaya."Walaupun rupanya kurang menarik, tetapi rasanya sedap!", tegas Encik Amir.

Memang ramai yang kurang sedar bahawa rasanya yang sedap dan isi yang lembut telah menarik permintaan yang tinggi dari pemborong dan pembeli.

Ini kerana ia mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita. Ikan puyu amat enak digoreng, dimasak lemak cili api ataumasak sambal.

Kini, Encik Amir mampu mengeluarkan 250,000 benih ikan puyu sebulan berdasarkan permintaan pelanggan. Induk ikan puyu diperolehi daripada kawasan paya setempat selain diambil dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan.

Anak ikan betina dijual dengan harga 30 hingga 40 sen seekor, manakala anak ikan jantan dijadikan induk. Selepas 4 atau 5 bulan, ikan-ikan mampu mencapai tempoh matang dan seberat sehingga 250 hingga 300 gram seekor, telah sedia untuk dipasarkan.

Bantuan KewanganPada tahun 1999, Encik Amir berjaya memohon pinjaman kewangan sebanyak RM75,000 daripada Bank Pertanian Malaysia melalui kemudahan Tabung Untuk Makanan (3F) untuk membiayai perbelanjaan semasa ke atas projek ternakan di samping meningkatkan prestasi syarikat melalui perancangan-perancangan yang telah dirangka.

Selain memberi bantuan kewangan, Bank Pertanian Malaysia turut mengawasi projek yang dijalankan. Pegawai-pegawai Bank Pertanian juga seringkali mengunjungi tapak projek bagi tujuan pemerhatian dan pemantauan.

Encik Amir berkata bantuan dari Bank Pertanian Malaysia banyak membantu beliau dalam memperkembangkan ternakan ikan puyunya.

Bank Pertanian telah membuktikan peranannya dalam membantu usahawan-usahawan kecil tempatan seperti beliau sendiri.

Usahawan Berwawasan

Setelah hampir 10 tahun bergiat dalam projek ternakan ikan air tawar ini, Encik Amir berharap agar segala titik peluhnya terbayar melalui kepuasan hati pembeli dan pelanggan-pelanggannya.

Beliau turut bersedia memberi nasihat dan menjadi konsultan kepada pengusaha-pengusaha yang ingin menceburi bidang ini.

Di samping mengusahakan ternakan ikan puyu, beliau turut menceburi bidang landskap, membuat pelan kolam serta menjual pokok bunga. Usaha dan wawasan Encik Amir wajar dijadikan contoh kepada usahawan-usahawan baru yang ingin memulakan perniagaan sendiri.