Sunday, December 30, 2007

Mari Rebut Peluang Ini: Malaysia Pengeluar Daging Kambing Boer Terbesar!

Penternakan Kambing Boer kini menjadi pilihan kebanyakan usahawan tani kerana permintaannya yang semakin meningkat sejajar dengan peluang dan kesedaran baru para penternak kambing di negara ini.

By BERNAMA

MALAYSIA bakal muncul sebagai pusat pengeluar baka dan daging kambing boer terbesar di rantau ini dan Timur Tengah dalam tempoh 10 tahun lagi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

Beliau berkata, sasaran tersebut berdasarkan keputusan kementerian untuk membangunkan kawasan penternakan kambing boer seluas 1,480 hektar di Pondok Tanjung, Taiping, Perak.

Beliau berkata, setakat ini 800 hektar tanah sudah dibersihkan dan 200 hektar daripadanya akan digunakan sebagai ladang nukleus pembiakbakaan kambing boer.

Menurut beliau, tanah bersebelahan ladang nukleus itu akan digunakan untuk pembinaan infrastruktur dan sebahagiannya akan dipecahkan kepada 50 lot (20 hektar satu lot) supaya penternak berpengalaman yang berminat boleh mengambil bahagian dengan pelbagai bantuan daripada kerajaan.

“Sasaran kita apabila ladang itu dibangunkan sepenuhnya, kita boleh menghasilkan 100,000 ekor kambing boer pada satu-satu masa.

“Tapi itu pun tak mencukupi kerana jika mengikut bilangan penduduk, kita memerlukan antara 5 juta hingga 10 juta ekor pada satu-satu masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Lawatan Kerja ke Daerah Kuala Langat di sini hari ini. Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.

Setakat ini kata Muhyiddin, pihaknya telah membawa masuk 100 ekor baka kambing boer dari Afrika Selatan yang kini diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

1 comment:

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com