Sunday, December 30, 2007

LPP Diminta Tubuh Segera Koperasi Tani Untuk Manfaat 717,000 Ahlinya

Kesedaran untuk mengikuti pelbagai kursus pertanian telah merancakkan pelbagai industri asas tani di negara ini dan sewajarnya LPP menyegerakkan penubuhan koperasi tani untuk kepentingan ahli-ahlinya dan paling utama jangan jadikan ia sebagai tempat berpolitik jika mahu melihat sektor ini berjaya.

By BERNAMA

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani meminta semua 272 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) kawasan, segera menubuhkan koperasi untuk faedah 717,000 ahlinya.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan koperasi itu bagi menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melonjakkan sektor pertanian supaya lebih maju dan berdaya saing.

“Penubuhan koperasi diharap dapat memperkembangkan aktiviti ekonomi para petani, peladang dan penternak yang selama ini terhenti setakat menghasilkan produk pertanian sahaja.

“Sedangkan terdapat pelbagai aktiviti nilai tambah kepada produk yang dikeluarkan yang selama ini dikuasai oleh pihak lain,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di Hotel Renaissance, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang dan Pengerusi Nafas, Datuk Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Muhyiddin berkata, penubuhan koperasi itu diharap menjadi sayap utama Nafas dalam menjana ekonomi ahli-ahlinya terutama dari aspek pemasaran, pembungkusan dan penjenamaan produk.

“Saya berharap semua ahli LPP secara automatik menjadi ahli koperasi dengan hanya perlu membayar sebanyak RM1,000 setiap seorang sebagai pelaburan awal atau saham kepada koperasi tersebut.

“Jika perlu kita akan adakan jawatankuasa peringkat kementerian dan meminta nasihat tokoh-tokoh seperti Profesor Diraja Ungku Aziz dan mencontohi koperasi seperti ini di negara-negara seperti Korea, Jepun dan Australia yang terbukti berjaya meningkatkan pendapatan petani,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 bakal menyaksikan satu penganjuran terbesar apabila hampir 2,000 penyertaan diterima daripada pelbagai pihak untuk menyertai acara dwi tahunan itu.

“Melihatkan sambutan hangat ini, kementerian bersetuju untuk mengadakan MAHA selama 12 hari berturut-turut bagi membolehkan orang ramai benar-benar mendapat faedah daripada pameran itu,” katanya. usahawantani.com

1 comment:

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com