Sunday, December 30, 2007

Lahirkan 10,000 Usahawan Tani & Perkenal 3,000 Projek Asas Tani 2008

Terpulanglah kepada bakal-bakal usahawan tani untuk merebut peluang ini. Teliti dan langkahlah dengan konfiden ceburi dunia agrotani hingga menjadi seorang usahawan yang berjaya dan beriman!

By BERNAMA

KERAJAAN akan memperkenalkan 3,000 lagi projek industri asas tani berimpak tinggi melibatkan peruntukan RM32 juta pada tahun hadapan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, projek tersebut yang antara lain melibatkan industri pemprosesan makanan, akuakultur dan ternakan haiwan dijangka mampu melahirkan 10,000 usahawan tani seperti yang disasarkan sebelum ini.

Menurut beliau, bagi tujuan tersebut, pihaknya kini menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti kesesuaian projek yang bakal dilaksanakan di seluruh negara.

“Kita akan mula membuka tender dan tawaran kepada pihak terbabit hujung tahun ini. “Kali ini kita membuka skop lebih luas iaitu melibatkan penyertaan pelbagai pihak khususnya bumiputera yang berminat menyertai projek tersebut,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Industri Asas Tani di Pejabat Daerah Sik, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Usahawan Negeri, Datuk Dr. Shuib Saidin. Menurut Muhyiddin, sejak dilaksanakan pada 2004, projek pertanian berimpak besar memberi banyak manfaat kepada para petani kerana berjaya membawa keluar mereka dari paras kemiskinan.

Sambil memberikan contoh 85 projek Industri Asas Tani dengan kos RM22.3 juta di daerah Sik, beliau berkata, sebahagian besar daripada 320 peserta kini berjaya memperoleh pendapatan bulanan melebihi RM1,200 sebulan.

“Ini menunjukkan projek ini berjaya meningkatkan pendapatan mereka daripada RM700 sebulan kepada lebih RM1,200 sebulan,’’ katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu kementeriannya bersetuju membina sebuah pusat pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan produk industri asas tani di daerah Sik.

Katanya, pusat tersebut akan memudahkan para usahawan tempatan menaik taraf produk tempatan mereka supaya lebih berdaya saing di pasaran.

Tambah beliau, para usahawan yang berminat boleh menggunakan khidmat pusat berkenaan dengan kadar minimum.

1 comment:

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com