Monday, December 31, 2007

Anda Minat Tanam Serai Secara Contract Farming!

Contract Farming di sini bermaksud pengusaha tidak perlu menjual serai yang dihasilkan sebaliknya ia akan dibeli oleh KOPEDIK sepenuhnya.

By INTEGRATED FARM.COM

KOPEDIK merupakan sebuah koperasi yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Malaysia.

Pelbagai jenis perniagaan telah dilaksanakan iaitu :Hartanah Telekomunikasi Percetakan Pertanian Perhotelan Pajak Gadai Pemborong I-Cash (Kopkad) Penternakan Pasaraya Pembekalan.

Kopedik (D--4-0334) telah maju selangkah lagi untuk mengeksport serai tempatan ke pasaran antarabangsa. KOPEDIK kini membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk mengusahakan tanaman tersebut secara contract farming.

Contract Farming di sini bermaksud pengusaha tidak perlu menjual serai yang dihasilkan sebaliknya ia akan dibeli oleh KOPEDIK sepenuhnya.

Syarat-Syarat Penyertaan

1. Berdaftar sebagai ahli KOPEDIK dengan bayaran sebanyak RM99.00 (banyak faedah)
2. Menyediakan tanah tidak kurang dari 5 ekar (boleh berkelompok)
3. Menyediakan modal RM3,680 bagi setiap ekar untuk anak benih dan baja
4. Bersetuju menjual kepada KOPEDIK dengan harga RM0.40 sekilo
5. Bersetuju memeterai perjanjian kontrak belian balikBersetuju menerima lawatan dan pemantauan dari wakil KOPEDIK ke ladang yang diusahakan

Anggaran Keuntungan

Keuntungan yang bakal diperolehi dikira berdasarkan kepada keluasan ladang:
1. Keluasan Keuntungan Modal Keuntungan
2. Tanah Kasar (RM) (RM) Bersih (RM) *
1 ekar 11,600 3,680 7,920
5 ekar 58,000 18,400 39,600
8 ekar 92,800 29,440 63,360
10 ekar 116,000 36,800 79,200

* Keuntungan bersih dikira selepas jualan ditolak dengan modal benih & baja sahaja. Keuntungan akan lebih besar sekiranya keluasan tanah lebih luas (jimat kos pekerja).

Sila hubungi Pengurus Portfolio Cawangan Tengah seperti berikut; Hisham (019-2272127) Anwar (019-3835472) dan Daftar SEGERA. Manual Penanaman akan diberi.

1 comment:

akamaru said...

Salam,

aku pun tgh mencari apa yg aku nk usahakan pd tanah aku....memandangkan aku memerlukan satu tanaman yg kurang tenaga kerja aku rs serai ok kot....so, blh x korang explain sikit pasal serai yg ko buat dn contract farming yg ko ckp tu...thanks..