Monday, December 31, 2007

Bagaimana Menternak Ikan Keli Secara Sambilan?


By USAHAWANTANI.COM

PENGENALAN Projek Ini adalah ternakan ikan keli sebanyak 50 ekor. Ternakan ikan keli ini adalah projek permulaan sebelum kolam yang bersaiz 10' x 10' dimuatkan dengan 500 anak ikan keli yang baru.

Buat setakat ni, mojoriti ikan keli dapat bertahan dengan keadaan air. Masih banyak yang perlu dipelajari untuk menternak ikan keli.

Kami di The Golden Land (TGL) Sepang, Selangor juga membuat beberapa lawatan ke kolam ternakan di sekitar Selangor. Setakat ini ternakan ikan di TGL masih diperingkat percubaan.

Pada peringkat awal, 12 ekor ikan mati, mungkin disebabkan PH air dan penyakit yang tidak terkawal. Setelah 2 bulan, nampak nya PH air berjaya dipulihkan kepada 6.5. Ikan pun dah semakin besar.

Kenapa ikan keli diternak di TGL Saya ada lah peminat ikan keli. Semua masakan yang berasaskan ikan keli memang membuka selera saya. Kalau hari-hari makan ikan keli bosan juga. ahaks.

Baru-baru ini, gempar satu Malaysia dengan berita 95% penternak ikan dimalaysia adalah bukan islam. Ikan2 ternakan di beri makanan bukan halal malah menjijikkan seperti najis khinzir, suntikan hormon dan lain2 lagi.

Bila ini tersebar, maka lahirlah idea untuk menternak sendiri di TGL. Saya bersyukur faktor geografi TGL memang sesuai untuk kolam ternakan kerana terdapat air mata air.

Kini ujikaji ternakan sudah 2 bulan, ikan pun dah nampak besar. Alhamdulliah, nampaknya ujikaji boleh dikatakan berjaya. Ujikaji seterusnya adalah untuk kolam asuhan anak-anak ikan keli di polytank dan belajar bagaimana untuk membuat palet makanan ikan keli sendiri.

E-Books "Teknik Ternakan Ikan keli" Saya sedang menyiapkan e-book untuk dikongsi bersama. Buat masa sekarang, hanya 40% e-book ini telah disiapkan.

E-book ini adalah berasaskan pengalaman saya di sepanjang penternakan ikan keli. Kepada sesapa yang berminat harap bersabar. Saya jangkakan dalam tahun depan mungkin siap sepenuhnya.

Biodata Projek Keluasan Kolam : 10' x 10' Muatan ikan : 50 ekor ikan keli kacukan Status Projek: Ternakan masih diperingkat ujikaji Makanan: Palet dan Roti ikan Rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Keli

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi cara terbaik untuk menternak ikan air tawar seperti keli, talapia merah, puyu dsbnya. Boleh la jadikan blog ni sebagai tempat untuk bertanya dan menimba ilmu.

Semoga pengalaman kita bersama , boleh membantu antara satu sama lain. Insyallah.

Nota: Ikan keli adalah mudah diternak. Pasaran ikan keli memang tak pernah mencukupi. Harga runcit 1 kg ikan keli adalah RM5-RM6. Dengan teknik pasaran yang betul anda mampu memperolehi pendapatan yang lumayan.

0 comments: